Wednesday, 12 October 2011

the checklist...

Assalamualaikum ladies~

Less than 2 months away... mixed feelings indeed! My check-up has been upgraded to every fortnight sudah...and tomorrow is my next. Sadly, Hubby won't be around to accompany me.. so will probably just go on my own. A blogger friend Mrs. I shared her checklist... and I sorta feel that I should post mine as well.. This was mine last time.... and below is the better version of it. I just simply copy, paste n edit from her site.

POSTNATAL & BABY CHECKLIST

For Myself, the mummy-to-be~~  :
  • Postnatal Treatment - Booked! Pampering time @ home is a bliss~
  • Disposable/ washable breast pads – have not got these yet...
  • Nursing bras - From Lilly's, super comfortable and can be converted to sports ones! DONE! but still need to get yang utk basahan (i.e. treatment period) krg melakat bau minyak apa~
  • Maternity pads – Not yet.. I'm pretty choosy when it comes to pads.. so mayb I'll just stick with my usual pads except get an overnight / heavy flow ones.
  • Socks - Tonnes!!
  • Nursing tops - Bought one from Lilly's... and it's fab!!
Clothes : 0 -3 Months (Tempted to buy the newborn sizes but then again, sayang cos takut inda lama ya pakai hence 0-3 months). Ada hand me downs on new born sizes jua.. so~ save sikit!
  • Bodysuits - DONE!
  • Sleepsuits - DONE!
  • 2pc clothing – DONE!
  • Going out (LS) – Will buy them lepas pantang nanti... ~ hehehe
  • Mittens & Booties – DONE! come's with the set of bodysuits n sleepsuits we've bought. Besides, if suits mothercare the flap on the sleeves can be turnover hence, no mittens required!
  • Baby cap – DONE!
  • Cloth diapers - actually planned to start using them once baby is around 2-3 mths old but, just to get ready, got 4 of Flips Diapers as well as extra inserts. Semangat? Yes!
  • Swaddle wrap - I believe in the 2 in 1 concept of using the hooded towel as swaddles as well.. so yes, just bought as many of those and set aside which one for swaddling and which d jadikan towel.
  • Baby laundry detergent – Trying Purity Sensitive but without the fabric softener. Again 2-in-1, can be used to clean cloth diapers as well~
Feeding :
  • Breast pump – A matter of clicking 'Proceed With Payment' lagi. Buying them from UK site as it is much cheaper than the price sold here in Brunei or even Malaysia. So that's partly done DONE!
  • Feeding bottles / Steriliser / Warmer / Cleaning Brush  –  DONE! Bought the Tommee Tippee Complete Set at an amazingly cheap price!
  • Milk Storage  – Farlin and Lansinoh Storage Bags
  • Cooler Bag for milk – We'll see how it goes with this one...
  • Bib – bought the 10 in a pack ones.
  • Burping Towel - DONE!
  • Bottle Drying Rack - we'll see...
  • Bottle Cleanser - Still contemplating on which brands to try out first. Hehehehe
Toiletries / Baby Care :
  • Bath tub - confinement period, will be sharing with my nephew's, so we'll be needing this after the maternity leave (ML)
  • Baby shampoo / bath / lotion / oil - bought the travel pack (ready to be kept in our baby's bath box)
  • Cotton buds – blum lagi~
  • Cotton balls / roll - belum lagi...
  • Towels - refer to swaddles.
  • Changing Mat - I might as well get travel changing mats saja tarus. compact and easy to keep. Belum bali lgi psl d rumah pun ada jua sudah (sharing is caring kan?)
  • Baby wipes – belum lagi...
  • Baby Brush & Comb, Nailclipper, Thermometer, nasal pump  - Done and bought as a set.
  • Disposable diaper - to be bought early next month. Terlampau awal jua ni ah...
  • Minyak Telon - I don't know why, but I love the smell of this on babies!
  • Minyak Kelapa - will try to get a homemade one instead of commercialised ones. good for massaging the little one and cradle caps.

Beddings :
  • Baby cot – Ohohoo... this is interesting, my dearest baby will be using MY 27 years old vintage cot! We've done some 'modernisation' works with it, oh I should post that yea... and I like!!
  • Mattress – DONE!
  • Blankets and pillow set -DONE!
Travelling :
  • Stroller + Carseat – It was an offer not to be missed. Hence, we've got both sudah..
  • Baby Sling/ Carrier -It depends on the baby's preference nanti... :D
  • Diaper bag – still contemplating on this one, but I have my eye on this one bag...~
So far so good for a 32 weeks pregnant mom-to-be, Yes?? Seriously, inda terasa bah.. I'm down to a minimum of 5 weeks lagi and lazy-ness is slowly kicking in already!!

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku nanti dan lindungilah kami sesungguhnya kepadaMu lah ku bermohon segalanya. *Amin*

Wednesday, 5 October 2011

Menyambut Kelahiran

Adab Menyambut Kelahiran

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut kelahiran diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:



“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya.."

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan



“..mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau."

Disunatkan azan dan Iqamah

Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang memperolehi cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan-jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut

Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikunyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya.

Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku”

Amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut anak supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut

Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahirannya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.

Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah S.W.T dan RasulNya S.A.W. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat:

a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.

b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”. (Riwayat Al-Baihaqi).

Menamakan anak

Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempengaruhi keperibadian anak tersebut.

Dari buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi
Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman
Jasmin Enterprise